Mechamato Movie

Mechamato Movie ialah sebuah filem komedi aksi animasi komputer Malaysia 2022 dan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Dihasilkan oleh Animonsta Studios dan diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini diarahkan oleh Nizam Razak dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, dan Syabil Syamin. Filem ini mengikuti pertemuan pertama Amato dengan MechaBot dalam kapal angkasa penjara yang terhempas di mana Amato akhirnya menjadi tuan baharu MechaBot, menyebabkan mereka dikejar oleh Grakakus, makhluk asing yang jahat.Pada mulanya diumumkan untuk tayangan 2021, filem itu telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh pandemik COVID-19. Ini menyebabkan siri animasi tersebut dikeluarkan sebelum filem ini. Tayangan filem ini diumumkan secara rasmi pada September 2022.Mechamato Movie akan ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022.

Mechamato Movie

Bahasa Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Syarikatpenerbitan
Durasi tayangan 121 minit[1]
Berdasarkan Mechamato oleh Nizam Razak
Bajet RM10 juta[2]
Muzik oleh Nur Sharmine Md Bakri
Pengarah Nizam Razak
Tarikh tayangan
  • 8 Disember 2022 (2022-12-08)
Negara Malaysia
Dibintangi Armand Ezra
Adzlan Nazir
Ielham Iskandar
Marissa Balqis
Syabil Syamin
Anas Abdul Aziz
Diedarkan oleh Astro Shaw

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mechamato Movie https://aksiz.com/202164835/ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2142318 https://www.kakuchopurei.com/2021/11/mechamato-sho... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2021/01/06/... https://www.racexasia.com/event/gsc-x-air-selangor... https://twitter.com/GSCinemas/status/1596459812870... https://twitter.com/mechamato/status/1595707641694... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/146768577... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/150727465... https://twitter.com/nizamabdrazak/status/154538075...